POLISI DAN TATACARA DNA GLOBAL SDN. BHD

A. PERATURAN SEBAGAI AHLI DNA GLOBAL SDN BHD [“AHLI DNA”]

 

1) Kelayakan untuk menjadi AHLI DNA 

a. Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas;
b. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan melengkapkan borang permohonan pendaftaran secara “online” melalui laman sesawang/”web” DNA GLOBAL;
c. DNA GLOBAL berhak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan pendaftaran TANPA sebarang sebab atau alasan;
d. Keahlian boleh dibuat oleh individu, koperasi, perniagaan tunggal/kongsi atau syarikat sendirian berhad;
e. Sebarang pemalsuan nombor kad pengenalan atau apa-apa dokumen rasmi yang diperlukan untuk menjadi AHLI DNA merupakan satu kesalahan. AHLI DNA dan STOKIS hendaklah bertanggungjawab atas segala pemalsuan tersebut. Denda minima RM50 sehingga RM500 akan dikenakan untuk setiap kesalahan pemalsuan yang berlaku;

 

2) Tanggungjawab sebagai AHLI DNA 

a. AHLI DNA merupakan ahli yang bebas bagi menjalankan perniagaan DNA GLOBAL;
b. AHLI DNA tidak boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja atau ejen DNA GLOBAL;
c. AHLI DNA hendaklah mematuhi segala polisi dan peraturan termasuk apa-apa kod etika dan peraturan tambahan yang di keluarkan secara rasmi oleh DNA GLOBAL dari semasa ke semasa;
d. AHLI DNA hendaklah mematuhi segala penerangan rasmi atau secara bertulis mengenai produk DNA GLOBAL yang dikeluarkan oleh DNA GLOBAL dan tidak boleh membuat apa-apa tambahan dan pengakuan yang tidak dikeluarkan secara bertulis oleh DNA GLOBAL;
e. Semasa membuat penerangan berkenaan pelan pemasaran DNA GLOBAL, AHLI DNA hendaklah:-

i. menerangkan pelan pemasaran dengan tepat dan jelas;
ii. penerangan tersebut hendaklah seperti yang digariskan dan diluluskan secara rasmi atau bertulis oleh DNA GLOBAL;
iii. tidak boleh mempengaruhi secara tidak wajar mana-mana prospek dengan janji atau apa-apa tawaran yang tidak ada dibuat secara rasmi atau bertulis oleh DNA GLOBAL;
iv. tidak dibenarkan menjanjikan mana-mana prospek bahawa hanya dengan membeli produk DNA GLOBAL boleh mendapat ganjaran yang lumayan yang tiada yang dibuat dan ditawarkan secara rasmi atau bertulis oleh DNA GLOBAL;

 

3) Notis dan surat menyurat
* Semua notis atau surat-menyurat yang dihantar oleh DNA GLOBAL kepada AHLI DNA dianggap sah mengikut alamat terakhir yang tertera dalam rekod rasmi DNA GLOBAL;

 

4) Hak untuk pembatalan
* DNA GLOBAL mempunyai budibicara penuh untuk membatalkan segala wang yang terkumpul didalam akaun AHLI DNA sekiranya AHLI DNA didapati bersalah dalam membuat perkara-perkara di para D di bawah;

 

B. UNDANG-UNDANG DAN BIDANGKUASA

 1) Apa-apa intepretasi atau definasi terhadap apa-apa perkara yang berkaitan dengan polisi, peraturan dan kod-kod etika DNA GLOBAL, undang-undang Malaysia adalah terpakai;
2) DNA GLOBAL berhad mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana AHLI DNA yang didapati melanggar perkara-perkara di para D di bawah;

 

C. PENYELESAIAN UNTUK AHLI DNA YANG MENINGGAL DUNIA ATAU HILANG UPAYA

* Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya terhadap AHLI DNA, pewaris yang sah boleh mewarisi kesemua hak ke atas keahlian AHLI DNA yang telah meninggal dunia dengan menunjukkan bukti-bukti kepada DNA GLOBAL atau jika AHLI DNA hilang upaya, sesiapa sahaja yang dibenarkan oleh AHLI DNA dengan kebenaran bertulis darinya mewarisi kesemua hak ke atas keahlian AHLI DNA;

 

D. PEMBATALAN DAN PENGGANTUNGAN AHLI DNA

1) DNA GLOBAL berhak untuk membatalkan atau menggantung mana-mana AHLI DNA dengan serta merta sekiranya AHLI DNA tersebut didapati bersalah membuat perkara-perkara seperti berikut:-

a. AHLI DNA telah didapati membawa kerosakan kepada imej, reputasi, perniagaan dan operasi DNA GLOBAL termasuk rangkaian pengedarnya;
b. AHLI DNA telah memperkenalkan perniagaan dan produk DNA GLOBAL dengan cara yang tidak mengikut polisi, peraturan dan kod-kod etika yang dikeluarkan oleh DNA GLOBAL termasuk menjual produk DNA GLOBAL dibawah harga AHLI DNA;
c. AHLI DNA didapati melintas daripada kumpulan asal kepada ahli yang lain atau didapati menarik ahli yang lain kedalam rangkaiannya;
d. AHLI DNA didapati membuat pakatan atau bersubahat membuat hasutan untuk memecah-belahkan ahli-ahli dengan DNA GLOBAL atau sesama ahli;
e. AHLI DNA didapati melakukan atau membuat kerja-kerja termasuk berbincang mengenai perniagaan yang lain di dalam premis DNA GLOBAL dengan niat menghasut AHLI DNA menukar perniagaan DNA GLOBAL kepada perniagaan yang lain [samada berkonsepkan “net-working” atau tidak] termasuk memburuk-burukkan DNA GLOBAL agar AHLI DNA menukar perniagaan DNA GLOBAL kepada perniagaan yang lain[samada berkonsepkan “net-working” atau tidak];
f. Keahlian DIBATALKAN secara Automatik Jika TIDAK membeli minimum 1set(PIN M) atau 2set(PIN G) dalam Tempoh (12) Bulan bagi setiap username. Akan berkuatkuasa January 2020;

 

E. PENUKARAN HAK MILIK AKAUN AHLI DNA KEPADA PIHAK KETIGA

1) AHLI DNA boleh menukar hak milik akaunnya kepada pihak ketiga atas persetujuan kedua belah pihak dan dipersetujui oleh DNA GLOBAL;
2) AHLI DNA diatas perlu memastikan bahawa tidak ada pelanggaran terhadap polisi, peraturan dan kod-kod etika DNA GLOBAL sebelum membuat penukaran akaunnya;
3) Setiap penukaran mestilah berrsertakan surat kebenaran dan salinan kad pengenalan penama akaun dan pihak ketiga;
4) DNA GLOBAL berkuasa penuh untuk meluluskan penukaran akaun tersebut;

Daripada:
CEO Syarikat
DNA GLOBAL SDN BHD
01-11-2013

Bahasa Melayu | English